Monday 4 November 2013

Hiburan di Riyadh

Salah satu yang kurang menarik bila bekerja di Riyadh ni, kurang aktiviti-aktiviti lasak yang boleh kita sertai. Kebanyakan teman-teman hanyalah dari Pakistan, India dan Bangladesh. Kecuali jika menginap di Compound yang terdapat kolam renang dan kemudahan gym. 

Selain dari itu, aktiviti yang menjadi 'menu' utama di Riyadh ni, melawat "shopping" kompleks. 

Dari segi harga, masih setanding kecuali bila terdapat sale. Harga sale, diskaunnya sehingga 75%!