Monday 23 July 2012

Ramadan di Riyadh versi 2

Hari ni aku diperlukan di Capital Market Authority. Kerja di Saudi, dengan client2 ni, dia orang suka kalau boss2 besar sendiri yang datang buat kerja. Aku sendiri tak paham, padahal yang buat kerja tu semua kuli-kuli jer. Teringat pasal kuli ni, aku pun kuli gak, buat kerja tertinggal sampai qiamullail pun tertinggal. Dah tertinggal 2 malam dah ni keletihan. Ada hikmah tu kot...

Bangun pagi tido sebentar selepas subuh, terus ke bilik mandi. Rumah aku ni bukan la compound, menyewa dekat kawasan yang boleh dikatakan macam Kampung Baru la kat Key El tu.

Cakap pasai mandi ni, aku ni dah terbiasa mandi siram, mandi pakai shower ni untuk orang2 eklusif jer.. Jauh bawak gayung imported from Malaysia tu! Masa aku bungkus gayung dalam beg, ayah aku gelak sampai pecah perut, apasal la aku bungkus gayung plastik bersungguj2 masuk beg... Seronok plak tengok ayah aku ni gelak.. Jarang dia gelak camtu.. Heheh... Berbalik kisah gayung ni, memang betul, gayung stail Malaysia memang takde kat Saudi ni... Jenuh merata aku pusing, Al Haram market, Murabba, Carrefour, Ikea dan kedai2 yang sejenis dengannya....

No comments:

Post a Comment