Friday 23 February 2018

Amalan bacaan Surah Al-Kahfi di hari Jumaat

SURAH AL-KAHFI

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.

Apa rasionalnya?

Orang yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah amAl-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah Al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir kenapa?

Surah a’Al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal. Betul tak?

So here we go!

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

_*Pemuda gua_ - Fitnah aqidah/iman*
_*Pemilik kebun_ - Fitnah harta*
_*Nabi Musa & Khidir_ - Fitnah ilmu*
_*Zulqarnain_ - Fitnah kekuasaan*

_Guess what?_ 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan Surah Al-Kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah Al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

_*Bagaimana?*_

*Fitnah aqidah* - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda Al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.

*Fitnah harta* - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/akhirat.

*Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONG untuk menuntut ilmu dari Khidir*

*Fitnah kekuasaan* - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi _mind blowing_ 🙌🙌🙌

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, Surah Al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

*Tema utama surah ini ialah DAKWAH!* 😱

_*Tak percaya?*_ Hehe.

Bukankah para pemuda Al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

*Bukankah si sahabat pemilik kebun* menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

*Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa*, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan *bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?* ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, *kita perlu berdakwah*. _And it makes complete sense!_

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai daripada fitnah-fitnah ini.

Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

_*Fitnah Iman, Harta, Ilmu dan Kuasa*_.

_*Bagaimana?*_

*Fitnah Iman* :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk Syurga Neraka, hidupkan orang mati dan macam-macam lagi.

*Fitnah Harta* :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

*Fitnah Ilmu* :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

*Fitnah Kuasa* :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

_So_ dah nampak tak macam mana surah a’Al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? _It makes sense right?_

Jadi lepas ni, bila baca surah Al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu _in a way_ dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

No comments:

Post a Comment