Thursday 8 March 2018

Cerita hikmah 2

Sesungguhnya kekurangan di dunia bukan bererti hidup itu hina, dan kesempurnaan di dunia juga bukan bermakna hidup itu mulia..

Kekadang kekurangan di dunia merupakan suatu kelebihan di akhirat sana, dan kesempurnaan di dunia merupakan suatu amanah yang akan dihisab di akhirat sana juga.

Jadi, jangan bersedih bila hidup serba kekurangan dan kesusahan di dunia kerana Allah pasti akan mempermudahkan urusanmu di akhirat sana, dan jangan terlalu gembira bila hidup serba sempurna dan bahagia di dunia kerana pasti akan banyaklah juga perkara yang dihisabkan oleh Allah Ta'ala di akhirat sana..

Setiap kekurangan itu akan wujudnya kelebihan, dan setiap kelebihan itu akan wujudnya juga kelemahan.. Allah itu Maha 'Adil :)

ISLAM ITU INDAH .

No comments:

Post a Comment